No events
Print

Visi Sekolah

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in Umum

Peringatan kepada semua guru, pelajar dan warga SMK Dato Bentara Dalam oleh Cg Amran bin Abas berkenaan visi sekolah yang harus diketahui dan dihayati oleh semua memandangkan SMK Dato' Bentar Dalam kini telah menjadi anak angkat kepada Jemaah Nazir. Guru bertugas mingguan diingatkan supaya menyebut visi sekolah kepada semua pelajar pada akhir pembentangan laporan guru bertugas setiap kali perhimpunan rasmi hari Isnin.

Visi Sekolah : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Print

Ujian Kelas Kemahiran Al-Quran

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in Umum

 

Ujian akhir Kelas Kemahiran Al-Quran bagi tahun 2012 akan diadakan  pada butiran berikut :

 Tarikh : 22 Oktober 2012

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Kelas 3 Ar-Razi

 

Print

SMKDBD Dipilih Menjadi Anak Angkat Nazir

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in Umum

15 Oktober 2012 - SMK Dato' Bentara Dalam telah dipilih antara 10 buah sekolah di daerah Segamat yang menjadi anak angkat kepada Jemaah Nazir bagi program Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

Pengetua SMK Dato' Bentara Dalam, Puan Hajah Muriatun telah mengumumkan berita ini pada perhimpunan rasmi Isnin yang lalu. Dengan program ini, diharapkan SMKDBD akan berupaya untuk menjana kecemerlangan pelajar seterusnya kecemerlangan dan kegemilangan sekolah seiring dengan visi dan misi sekolah.