No events
Print

Koku Pra-U Mac 2013

Written by adminportal2 . Posted in PraUniversiti

LATIHAN RUMAH-RUMAH SUKAN 
TAHUN 2013
                 
Latihan rumah-rumah sukan bermula pada 27 Febuari 2013. Cuaca pada hari tersebut adalah 

sesuai untuk mengadakan latihan sukan.

  Pakaian Batik Pra U SMK Dato Bentara Dalam

   
                   
 Tahun ini pelajar Pra U dapat memakai baju batik mereka sendiri pada setiap hari Khamis.
 Terima kasih kepada pengetua Pn. Hjh Muriatun Mohd Said atas sokongan yang beliau   
 berikan kepada pengurusan tingakan enam dan ini merupkan idea beliau.     
Attachments:
Download this file (kOKU  Pra U  Mac 2013.pdf)Koku Pra-U Mac 2013[Koku Pra-U Mac 2013]1851 Kb
Print

Larian Bentara 2013

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in 1M1S

17hb April 2013 iaitu semalam telah berlangsungnya Larian Bentara 2013. Acara bermula jam 3.30 petang dengan sesi senam robik sebagai aktiviti memanaskan badan. Jam 4.00 petang En Amran Abas telah membunyikan air hon untuk melepaskan pelajar perempuan bagi memulakan larian.

Program ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada warga sekolah. Pada tahun ini rumah Mahmud telah menjadi johan keseluruhan diikuti dengan rumah Abu Bakar sebagai naib johan. Tempat ketiga dimenangi rumah Abdul Rahman dan Ibrahim menduduki tempat keempat.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya dan berkerjasama untuk menjayakan program larian ini. Berlangsungnya acara Larian Bentara ini maka akan berlangsunglah Kejohanan Sukan & Balapan SMKDBD tidak lama lagi. Teruskan usaha!!!

Print

Pelancaran Minggu Sains & Matematik

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in Sains & Matematik

Pelancaran Minggu sains dan Matematik tahun 2013 telah dijalankan semalam 17hb April 2012 bertempat di Dewan Sri Bentara. Tuan pengetua, Hajah Muriatun Mohd Said telah melancarkan gimik pelancaran bagi merasmikan Minggu Sains dan Matematik ini. Senarai pertandingan dan syarat penyertaan juga telah disampaikan kepada setiap wakil tingkatan.