No events
Print

Falsafah,Objektif & Piagam

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in Falsafah, Objektif & Piagam

FALSAFAH SMKDBD

 

Kemanusiaan tidak wujud pada yang lain kecuali pada manusia. Ilmu pengetahuan yang diperolehi bukan semata-mata untuk berbuat jasa kepada agama, bangsa dan negara tetapi yang lebih utama ialah untuk mempertingkatkan darjat kemanusiaan pada  diri sendiri berlandaskan kepada budi.

 

OBJEKTIF SMKDBD

 

 

i.                   Melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta memiliki keperibadian yang mulia, seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan, intelek (JERI).

 

 

ii.                 Menjana tenaga profesional yang komited dalam melaksanakan standard pembelajaran yang tinggi.

 

 

iii.              Memberi peluang kepada ibu bapa dan masayarakat bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha dalam menjana kecemerlangan sekolah

 

 

iv.              Membina warga sekolah yang memiliki kesedaraan dan rasa tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

PIAGAM SMKDBD

 

 

i.       Memastikan semua pelajar  sekolah ini mendapat tempat  belajar  yang selesa dari hari pertama persekolahan hinggalah ke hari terakhir persekolahan tiap-tiap tahun.

 

 

ii.      Memastikan setiap pelajar diberikan kemudahan bantuan belajar yang sewajarnya supaya mereka dapat belajar dengan baik dan penuh dedikasi untuk menuju ke arah kecemerlangan akademik.

 

 

iii.    Memastikan   semua  pelajar  berpeluang  menyertai  aktiviti  kokurikulum  dan mendapat   keperluan  asas  yang  sebaik  mungkin untuk  mereka bergerak cergas dalam aktiviti kokurikulum untuk menuju kearah kecemerlangan.

 

 

iv.     Memberi  tunjuk cara,  tunjuk ajar  dan  bimbingan  kepada semua pelajar untuk mencapai  kecemerlangan  dalam soal disiplin dan moral seterusnya menjadi insan yang kamil.

 

 

v.      Sentiasa  bekerjasama  serta memberi layanan yang baik dan mesra kepada    penjaga dan  ahli  masyarakat  setempat dan sentiasa peka dan responsif  kepada kehendak dan keperluan mereka.

 

 

vi.     Sentiasa  bersedia  dan  sanggup  menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

 

 

vii.    Sentiasa  bersedia membimbing  pelajar-pelajar  supaya  hidup  bersatu padu dan mengamalkan  budaya ilmu, sifat penyayang, celik sains dan teknologi, kreatif  dan inovatif.