No events
Print

Deklarasi Pelajar Harapan Bentara 2013

Written by gbk safura othman. Posted in Pengumuman Kurikulum

Majlis Pelajar Harapan Bentara Tahun 2013 telah selamat dijalankan pada 19 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Sri Bentara, SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Majlis ini bermula seawal jam 8.00 pagi (pendaftaran ibu bapa/penjaga dan pelajar) dan berakhir sekitar jam 11.30 tengahari. Majlis berkenaan turut dihadiri YDP PIBG iaitu En. Ibrahim Bin Omar serta tetamu kehormat iaitu Tn. Hj. Sazali Bin Ahmad (Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat, Unit Akademik).

 

 

 

Secara keseluruhannya, majlis pada hari tersebut berlangsung dengan sangat baik. Ucapan daripada kedua-dua tetamu adalah sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada semua hadirin pada hari berkenaan. Semoga para pelajar harapan yang hadir pada hari tersebut beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan mereka masing-masing.

 

Sejumlah 45 orang pelajar harapan untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 21 orang pelajar harapan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), majlis mereka akan dijalankan berasingan memandangkan sisitem penggal yang digunakan menyebabkan calon pelajar harapan mereka akan berubah mengikut penggal tersebut. Jumlah keseluruhan pelajar harapan Bentara untuk peperiksaan awam tahun ini (PMR dan SPM sahaja) ialah 66 orang. Berikut adalah analisis kehadiran pelajar bersama ibu bapa/penjaga mereka pada Majlis Deklarasi Pelajar Harapan Bentara tersebut :-

 PMR :-

Ibu Bapa/Penjaga

(Hadir)

Ibu Bapa/Penjaga

(Tidak Hadir)

Pelajar

(Hadir)

Pelajar

(Tidak Hadir)

22/45

(49%)

23/45

(51%)

45/45

(100%)

0/45

(0%)

12/22  - Melayu

(55%)

26/22 – Cina

(41%)

1/22 – India

(4%)

6/23 – Melayu

(26%)

17/23 – Cina

(74%)

0/23 – India

(-)

18/45 – Melayu

(40%)

26/45 – Cina

(58%)

1/45 – India

(2%)

 

 

- Tidak

Berkaitan -

  

SPM :-

Ibu Bapa/Penjaga

(Hadir)

Ibu Bapa/Penjaga

(Tidak Hadir)

Pelajar

(Hadir)

Pelajar

(Tidak Hadir)

7/21

(33%)

14/21

(67%)

18/21

(86%)

3/21

(14%)

2/7  - Melayu

(29%)

5/7 – Cina

(71%)

0/14 – Melayu

(-)

14/14 – Cina

(100%)

2/18 – Melayu

(11%)

16/18 – Cina

(89%)

0/3 – Melayu

(-)

3/3 – Cina

(100%)

 

 

Usaha menganjurkan Majlis Deklarasi Pelajar Harapan Bentara ini bertujuan khas untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar ini memandangkan pencapaian mereka yang menunjukkan potensi untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan awam (PMR dan SPM). Antara usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang ialah :-

 

1.     Menepati Masa

Majlis Deklarasi Pelajar Harapan Bentara ini dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi (pendaftaran pelajar dan ibu bapa/penjaga). Hasil pemerhatian mendapati, tetamu kehormat iaitu Tn. Hj. Sazali Bin Ahmad (PPDS) telah sampai lebih awal iaitu sekitar jam 8.10 pagi. Keadaan ini memberikan sedikit imej yang kurang baik kerana semasa ketibaan tetamu kehormat, ruang pendaftaran masih sibuk menguruskan ketibaan ibu bapa/penjaga dan para pelajar tersebut. Justeru, semoga pada masa akan datang, semua pihak dapat mengikuti perancangan yang telah disediakan bagi membolehkan setiap jawatankuasa berjalan dengan lancar.

 

2.     Jumlah Kehadiran

Kehadiran yang disasarkan pada majlis ini ialah semua pelajar harapan PMR dan SPM iaitu 66 orang bersama ibu dan bapa mereka iaitu 132 orang, barisan pengurusan dan pentadbiran sekolah, semua jawatankuasa dan semua guru P&P tingkatan 3 dan 5. Walau bagaimanapun, hanya 63 orang pelajar harapan yang hadir bersama dengan 29 orang sahaja ibu bapa/penjaga mereka. Manakala kebanyakan guru P&P yang hadir tidak semuanya berada di dalam dewan. Mereka yang memberi alasan hadir semasa majlis telah bermula mengambil keputusan untuk berada di luar dewan (bangku di hadapan dewan, di bangunan katering dan ada juga yang berada di bilik guru). Keadaan ini mengundang rasa kurang selesa bukan sahaja dalam kalangan pentadbir sekolah malah ia turut melahirkan rasa kurang selesa pihak PPDS yang menjadi tetamu kehormat pada hari berkenaan. Oleh itu, sekali lagi adalah amat diharapkan agar semua guru dan ibu bapa/penjaga dapat menepati masa yang telah ditetapkan bagi memberi laluan majlis yang dikelolakan berjalan dengan lebih lancar dan sempurna.

  

3.     Sistem PA

Sistem PA pada hari berkenaan adalah memuaskan. Sistem pembesar suara dapat memberi kejelasan yang sebaiknya kepada semua hadirin pada hari tersebut. Namun begitu, berlaku sedikit kekalutan apabila hanya 1 set LCD dipasang iaitu di sebelah kiri dewan. Melihat kepada keadaan ini, En. Amran Bin Abas telah meminta jawatankuasa bertugas iaitu En. Nasir untuk memasang 1 set LCD di sebelah kanan dewan dan meletakkan 1 monitor di atas pentas untuk tetamu kehormat. Proses pemasangan LCD ini berlaku semasa ruang dewan telah mula dipenuhi dengan para tetamu. Sedikit sebanyak, ia memberi gambaran seolah-olah pihak sekolah tidak membuat persiapan rapi bagi majlis berkenaan. Tambah menyedihkan apabila, LCD yang dipasang di sebelah kanan dewan kelihatan kabur. Usaha lebih baik perlu dilakukan pada masa akan datang demi memastikan sebarang majlis/program yang dianjurkan berjalan dengan lebih lancar dan sempurna sekaligus memberi impak yang maksimum pada hati mereka yang mengikutinya.

 

 

Kesimpulannya, Majlis Deklarasi Pelajar Harapan Bentara bagi tahun 2013 ini diharapkan dapat memberi input berguna dan berkesan kepada semua yang mengikutinya. Secara tidak langsung, ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat kesungguhan yang lebih jitu dalam sanubari para pelajar harapan seramai 66 orang ini (PMR dan SPM) untuk berusaha lebih gigih demi merealisasikan harapan pihak sekolah berlebih-lebihan lagi masa depan mereka kelak. Adalah menjadi harapan seluruh warga BENTARA agar setiap perincian ilmu yang telah disampaikan kepada hadirin yang hadir dalam majlis tersebut menjadi bekalan azimat kepada mereka untuk sama-sama memastikan kecemerlangan akademik sekolah pada masa akan datang.

 

Sekian, Terima Kasih.