No events
Print

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri

Written by cg dziyaul ahfaz abd rahman. Posted in Kelab & Persatuan Akademik

Pada 24 Januari 2013, SMK Dato' Bentara Dalam telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Masjid Bandar Segamat. Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan Pertandingan Sepanduk pada pukul 6.30 pagi dan diikuti Perarakan Maulidur Rasul dari Dataran Segamat menuju ke Masjid Bandar Segamat. Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah mengambil bahagian diketuai oleh En Mohd Raful bin Md Raus, Penolong Kanan Kokurikulum SMKDBD.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul berakhir jam 9.00 pagi kemudian majlis diteruskan dengan acara di dalam Masjid Bandar Segamat iaitu Berzanji, bacaan doa, bacaan Al-Quran, ceramah dan penyampaian hadiah pertandingan sepanduk dan perarakan. SMK Dato' Bentara Dalam telah mendapat johan dalam Pertandingan Sepanduk bagi kategori sekolah pada sambutan tersebut. Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari. 

Print

Warna-warni Sukantara

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in 1M1S

Print

Kem 1M1S

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in 1M1S

 

Tarikh : 9 September 2014

Tempat : Padang SMK Dato Bentara Dalam

Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Print

Sukantara

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in 1M1S

Sukantara SMK Dato' Bentara Dalam telah sempurna dijalankan pada 23-24 April yang lepas. Penglibatan daripada pihak pelajar juga sangat memuaskan. Terima kasih kepada jawatankauasa pengelola dan guru-guru yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Syabas dan tahniah kepada pelajar kerana anda berjaya hadir dan menyumbangkan mata kepada rumah pasukan masing-masing. Bersama nantikan Kejohanan Balapan dan Padang SMKDBD dan rumah sukan yang manakah akan mencabar rumah Abu Bakar yang menjadi juara pada tahun lepas.

Print

Larian Bentara 2013

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in 1M1S

17hb April 2013 iaitu semalam telah berlangsungnya Larian Bentara 2013. Acara bermula jam 3.30 petang dengan sesi senam robik sebagai aktiviti memanaskan badan. Jam 4.00 petang En Amran Abas telah membunyikan air hon untuk melepaskan pelajar perempuan bagi memulakan larian.

Program ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada warga sekolah. Pada tahun ini rumah Mahmud telah menjadi johan keseluruhan diikuti dengan rumah Abu Bakar sebagai naib johan. Tempat ketiga dimenangi rumah Abdul Rahman dan Ibrahim menduduki tempat keempat.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya dan berkerjasama untuk menjayakan program larian ini. Berlangsungnya acara Larian Bentara ini maka akan berlangsunglah Kejohanan Sukan & Balapan SMKDBD tidak lama lagi. Teruskan usaha!!!