No events
Print

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri

Written by cg dziyaul ahfaz abd rahman. Posted in Kelab & Persatuan Akademik

Pada 24 Januari 2013, SMK Dato' Bentara Dalam telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Masjid Bandar Segamat. Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan Pertandingan Sepanduk pada pukul 6.30 pagi dan diikuti Perarakan Maulidur Rasul dari Dataran Segamat menuju ke Masjid Bandar Segamat. Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah mengambil bahagian diketuai oleh En Mohd Raful bin Md Raus, Penolong Kanan Kokurikulum SMKDBD.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul berakhir jam 9.00 pagi kemudian majlis diteruskan dengan acara di dalam Masjid Bandar Segamat iaitu Berzanji, bacaan doa, bacaan Al-Quran, ceramah dan penyampaian hadiah pertandingan sepanduk dan perarakan. SMK Dato' Bentara Dalam telah mendapat johan dalam Pertandingan Sepanduk bagi kategori sekolah pada sambutan tersebut. Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari.