No events
Print

Larian Bentara 2013

Written by gpbestari @ cg rabi'atun adawiyah md salehan . Posted in 1M1S

17hb April 2013 iaitu semalam telah berlangsungnya Larian Bentara 2013. Acara bermula jam 3.30 petang dengan sesi senam robik sebagai aktiviti memanaskan badan. Jam 4.00 petang En Amran Abas telah membunyikan air hon untuk melepaskan pelajar perempuan bagi memulakan larian.

Program ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada warga sekolah. Pada tahun ini rumah Mahmud telah menjadi johan keseluruhan diikuti dengan rumah Abu Bakar sebagai naib johan. Tempat ketiga dimenangi rumah Abdul Rahman dan Ibrahim menduduki tempat keempat.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya dan berkerjasama untuk menjayakan program larian ini. Berlangsungnya acara Larian Bentara ini maka akan berlangsunglah Kejohanan Sukan & Balapan SMKDBD tidak lama lagi. Teruskan usaha!!!