No events
Print

Kursus Kepimpinan Pengawas

Written by gbk siti salinawati sarlan. Posted in Bimbingan & Kaunseling

Kursus Kepimpinan Pengawas telah berlangsung pada 21-22 September 2012 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Sg. Udang, Melaka. Kursus ini melibatkan 80 orang para pengawas sekolah serta para pengawas yang masih dalam tempoh percubaan untuk tahun hadapan. 

Kursus ini merupakan satu langkah dan strategi untuk meningkatkan daya kepimpinan sebagai seorang pemimpin di sekolah sekaligus memantapkan daya keyakinan dan ketrampilan para peserta. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah Redah Bentara ( Jungle Trekking), Team Building, Badai Malam (Night Walk), Dato' Cergas ( Senamrobik), dan Aku Juara ) Rafting/River Crossing/Pinball Game).

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi para peserta sebagai persediaan menjadi pemimpin di masa akan datang mahupun di mana jua. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas usaha melaksanakan program seperti ini demi mencapai visi dan misi sekolah sekaligus dalam usaha untuk menjayakan proses kemenjadian pelajar. Terima kasih semua.