No events
Print

Kursus Kecemerlangan Kelas Aliran Agama (KAA)

Written by gbk siti salinawati sarlan. Posted in Bimbingan & Kaunseling

Kursus kecemerlangan kelas aliran agama (KAA) telah berlangsung pada 21-22 September 2012 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Rancangan Khas Agama SMK Dato' Bentara Dalam. Bertempat di Lagenda Resort, Gunung Ledang, Tangkak, Johor. Kursus ini melibatkan para pelajar Tingkatan 1 dan 2 kelas KAA  yang berjumlah seramai 80 orang peserta.

Kursus Kecemerlangan ini merupakan antara aktiviti khas untuk membina ukhuwah sesama para peserta sekaligus meningkatkan self-esteem demi mencapai proses kemenjadian para pelajar yang seimbang dalam semua aspek. Untuk pengetahuan semua, kursus ini juga dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Kersani Motivation & Consultancy Sdn.Bhd. Ternyata pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan oleh mereka antaranya ialah Modul Knowing Me Knowing You, Modul Play For Performance, Modul Langkah Bermula, Modul Aku Juara, Modul Kem Kom KTC dan Modul Smart Bahasa Arab.

Pihak sekolah mengharapkan hasil daripada program yang telah dilaksanakan seperti ini dapat memberi impak yang positif kepada para peserta sekaligus dapat mengaplikasikan segala pengalaman dan pengisian yang telah diperolehi.